Khamis, 18 Jun 2009

Kota Kinabalu

Hello, sebagai blogger yang bermastautin di Kota Kinabalu, tentulah saya nak bagi sedikit info tentang hometown saya nie,, ya tak..huhu, so nie dia..


Click image to get large picture

Pemandangan dari waterfront Kota Kinabalu. Kota Kinabalu pada asalnya adalah bandar Jesselton dan ditukar setelah malaysia mencapai kemerdekaan.

Pemandangan Sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Dari pemerhatian kasar saya, perkembangan pembangunan yang pesat di Kota Kinabalu bermula pada tahun 90'an dan bertambah pesat menjelang tahun 2000 hingga sekarang.

pemandangan tepi pantai berdekatan dengan hotel Hayatt menunjukan arca seekor ikan yan menjulang dari permukaan laut. Wow, kawan saya memberitahu saya bahawa tempat ini adalah sangat terkenal di kalangan mereka-mereka yang bergelar pelancong asing dan tempatan kerana tempat ini sangat indah pada waktu senja.

Gambar menunjukkan arca ikan.
Click Image to get large piture.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Masjid yang dibina dengan kolam di hadapannya.Cantik bukan.

1 Borneo
Click image to get large picture

Ini adalah salah satu bangunan ikon yang menjadi salah satu mercu tanda di kawasan Kota Kinabalu dan juga borneo. Bangunan ini dinamakan 1 Borneo dan merupakan Kompleks membelih belah yang terbesar di Sabah.

Yayasan Sabah
Klik Image

The idea of establishing of the YAYASAN SABAH was mooted by Sabah's first Head of State, Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, at Mesapol, Sipitang on November 9, 1965. In his speech he stated:

Yayasan Sabah will act as an instituition that would strive initially to remedy the educational deficiencies in Sabah and subsequently to devise a system of redistributing the state's timber wealth to all of the populace. The initial objectives of the new foundation were largely directed to the creation of new educational opportunities; to provide ample facilities for improvement and progress in education; to widen the scope for the higher education of Sabah students throughout the world; to promote the establishment of a university college in Sabah; to arrange the award of scholarships from various institutions, including the Foundation itself, to students of Sabah origin; and to make donations to schools in need of special assistance."


Gunung Kinabalu
Klik imej untuk saiz sebenar

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah,Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095 Meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan Gunung keenam tertinggi di Asia Tengarra. di belakang Hkakabo Razi di Myanmar(5881 m), Puncak Jaya (4884 meter) Puncak Trikora (4730 meter),Puncak Mandala (4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat kadazandusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Peta Bandaraya Kota Kinabalu
Klik Untuk mendapatkan Imej Bersaiz besar.

Ini adalah peta bandaraya Kota Kinabalu beberapa tahun yang lepas, Peta yang kukira diambil antara tahun 2000 ke 2003.

Kepada mereka yang tidak familiar" dengan keadaan di kota kinabalu, Di sini ada serba sedikit maklumat tentang Bandaraya di Bawah bayu ini.

Ini adalah maklumat tentang Kompleks Membeli belah yang terfamous di Kota Kinabalu, iaitu Centre Point K.K.

Kompleks Membeli belah ini terletak di tengah-tengah empat area yang popular di kawasan ini iaitu, Asia City di bahagian hadapan, Sinsuran area di bahagian kanan, api-api centre di bahagian kiri dan water front di bahagian belakang.

Kompleks membelibelah ini agak sesak pada Hujung minggu dan hari cuti.

di bawah adalah peta dan gambar bangunan Centre Point:






1 ulasan:

  1. chal...sy xpandai la guna blogspot ko ni..pelik betul..bnyk btul link2 utk wat comment..ayo..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

JOM x'Change Banner di sini !!!

 

COPYRIGHT 2009 BY CHA' BIE Design Hakcipta Terpelihara Oleh Charles G.G Gokin